Maklumat Am
Komen
  
Pengenalan

Perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) bermula bila tertubuhnya Pusat Perikanan dan Sains Samudera UPM pada bulab Mei tahun 1979 dengan 2 orang kakitangan yang mengendalikannya. Semasa itu, Perpustakaan ditempatkan disebuah bilik kecil di Bahagian Pentadbiran Kerani Perpustakaan ditugaskan untuk mengendalikan keseluruhan pentadbiran Perpustakaan dan dibantu oleh seorang Pelayan Perpustakaan. Koleksi bahan ketika itu ialah seperti berikut:

Koleksi
Naskah
Koleksi buku
873 naskah
Filem
5 ril
Slit
20 keping
Carta
2 keping
Kad
2 keping
Jurnal
35 judul

Semua bahan Perpustakaan pada masa itu berkaitan dengan sains perikanan. Bahan-bahan ini amat bersesuaian pada masa itu kerana Perpustakaan ini adalah menjadikan sumber rujukan bagi kursus perikanan sahaja. Manakala keluasan Perpustakaan pada masa itu ialah 40 kaki X 30 kaki dengan tempat duduk sebanyak 28.

Perpustakaan dibuka hanya waktu siang sahaja iaitu:

Hari
Masa
Sabtu - Rabu
8.00 pagi - 12.45 tgh
2.00 ptg - 4.00 ptg
Khamis
8.00 pagi - 12.45 tgh
Jumaat
Tutup

Pada tahun 1981, kakitangan Perpustakaan bertambah kepada 5 orang. Satu Kerani Perpustakaan, Dua Penyemak Perpustakaan dan Dua Pelayan Perpustakaan.  Perpustakaan mula dibuka waktu malam ialah pada bulan Januari 1982. Waktu Perkhidmatannya adalah seperti berikut:

Hari
Masa
Sabtu - Rabu
8.00 pagi - 10.00 mlm
Khamis
8.00 pagi - 12.45 tgh
Jumaat
6.00 ptg – 10.45 mlm

Perpustakaan telah berpindah sebanyak 3 kali. Perpindahan pertama pada bulan Disember 1984 dari bangunan Pentadbiran ke bangunan Netloaf . Perpindahan kedua pada 14 Jun 1986 dari Netloaf ke Bangunan Asrama A dan perpindahan ketiga iaitu pada 28 November 1988 dari Bangunan Asrama A ke Bangunan Perpustakaan yang ada kini. Pada Januari 1987 Perpustakaan mendapat pertambahan satu orang kakitangan lagi, menjadi 6 orang kakitangan semuanya. Iaitu:

2 Pembantu Perpustakaan
2 Penyemak Perpustakaan
2 Pelayan Perpustakaan

Perpustakaan mula mendapat Pegawai Profesional iaitu Pustakawan pada tahun 1996 yang dipinjamkan dari Perpustakaan Pusat (UPM Serdang) untuk mengendalikan Pengurusan keseluruhan Perpustakaan.

Kronologi perpindahan penempatannya adalah seperti berikut:

Tarikh
Peristiwa
1979
Sebuah bilik kecil di Bahagian Pentadbiran.
1980
Berpindah kesebuah bilik di Bengkel Pusat (Netloft).
14/6/1986
Berpindah dari Netloft ke Bangunan Asrama Blok A.
28/11/1988
Berpindah dari Bangunan Asrama Blok A ke Bangunan
Perpustakaan sekarang di Blok A.
Telah diberi tambahan Blok B
Telah diberi tambahan Blok C
2004
Akan berpindah ke Bangunan Baru

Pada tahun 2000 apabila bertukar nama kepada KUSTEM, Perpustakaan telah mendapat seorang Ketua Pustakawan dan 3 orang Pustakawan.

FUNGSI PERPUSTAKAAN KUSTEM

  • Untuk mengintegrasikan kegiatannya dalam proses
    pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan keperluan
    maklumat masyarakat kampus serta masyarakat yang
    terlibat dengan bidang-bidang kursus yang terdapat di
    Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM)
  • Untuk memajukan penggunaan bahan-bahan Perpustakaan.
  • Untuk mengajar semua pengguna agar dapat membuat pencarian
    maklumat yang tepat.
  • Untuk mengumpul semua bahan yang berkaitan dengan bidang tumpuan (niche areas) KUSTEM.
  • Untuk mengumpul semua bahan yang berkaitan dengan sejarah kemajuan KUSTEM.
Menu

 

Perpustakaan

Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia (KUSTEM)

21030 Kuala Terengganu

Tel: (609) 6683294 or (609) 6683291 or (609) 6683116

Fax: (609) 6692187 or (609) 6697418

2005 KUSTEM. All Rights Reserved.

Paparan baik pada 800x600 pixels. Hakcipta Kolej Universiti Sains & Teknologi Terengganu.